Monday, August 24, 2009

Ahlan ya Ramadhan

Salam Ramadhan yang mulia..Alhamdulillah tahun ini sekali lagi saya dapat bertemu dengan bulan yang penuh maghfirah dan juga penuh dengan ganjaran atas segala amal kebaikan yang dibuat.. Gembira sangat rasa hati. Ramadhan kali ni saya sambut amat berbeza sekali dengan tahun2 yang lalu..



"Ramadhan kami yang pertama"

Kalau dulu berbuka bersama keluarga dan kawan2 di rumah sewa, tapi kali ni kena berpuasa, bersahur dan berbuka sebagai Puan Zurina.. seronok menggalas tugas sebagai seorang isteri. kalau dulu berbuka ala kadar atau beli je kat bazar ramadhan, kali ni saya amatlah excited untuk memasak buat my cayang. Walaupun saya masak simple2 je..(sbb makan berdua) tapi my cayang makan punyalah banyak..kalau beli kat bazar, sure dia makan tak habis punya..ermmm happynya rasa bila kita masak ada yang sudi menghabiskan! dan tambahlah pengalaman baru kena bangun awal untuk masak sahur..

Yang paling bahagia bila berdua, dapat menunaikan ibadah bersama..thanks to my cayang yang sudi balik petang sepanjang bulan puasa ni sbb nak g terawih sama2.

Berpuasa di rumah baru..

Malam 30 Syaaban, selepas pengumuman puasa, saya n hubby berangkat dari rumah mertua ke rumah kami yang baru di taman bukit dhalia, pasir gudang..disbbkan mak mertua saya pesan, nak masuk rumah baru eloklah malam jumaat.So,berbekalkan beras, gula, garam dan lesung batu yang diberi mak, kami pun berpindahlah malam tu...very simbolik kan! hee..ape ertinyanya???2 bulan saya menumpang di rumah mertua sementara tunggu rumah kami siap. dan 28 tahun bagi my hubby, nampak sangatt muke manja abg yang berat hati nak tinggalkan mak dan ayah... alhamdulillah semuanya dah ok sekarang dan rumah pun masih dalam proses ubahsuai skit2..nak mengemopnya..aduhaiiii...bercinta rasa!

Masih dalam pantang..

ni part yang sedey nak tulis..tapi itulah hakikatnya...huhu..ikotkan doc, 1minggu dah recover untuk proses D&C. tapi orang melayu ni banyak pulak pantang larangnya...ermm so, terpaksalah ikut walaupun hati ni meronta2 je. ikotkan mak cik kena pantang 40 hari, mak saya 2minggu je dah cukup ( biasalah dia bidan kerajaan), makmertua kata 40 hari gak..huhu..so??? buat je takat termampu..heeeeee...

Friday, August 14, 2009

What is a blighted ovum?

A blighted ovum (also known as “anembryonic pregnancy”) happens when a fertilized egg attaches itself to the uterine wall, but the embryo does not develop. Cells develop to form the pregnancy sac, but not the embryo itself. A blighted ovum usually occurs within the first trimester before a woman knows she is pregnant. A high level of chromosome abnormalities usually causes a woman’s body to naturally miscarry.
How do I know if I am having or have had a blighted ovum?

A blighted ovum can occur very early in pregnancy, before most women even know that they are pregnant. You may experience signs of pregnancy such as a missed or late menstrual period and even a positive pregnancy test. It is possible that you may have minor abdominal cramps, minor vaginal spotting or bleeding. As with a normal period, your body may flush the uterine lining, but your period may be a little heavier than usual.

Many women assume their pregnancies are on track because their hCG levels are increasing. The placenta can continue to grow and support itself without a baby for a short time, and pregnancy hormones can continue to rise, which would lead a woman to believe she is still pregnant. A diagnosis is usually not made until an ultrasound test shows either an empty womb or an empty birth sac.

What causes a blighted ovum?

A blighted ovum is the cause of about 50% of first trimester miscarriages and is usually the result of chromosomal problems. A woman’s body recognizes abnormal chromosomes in a fetus and naturally does not try to continue the pregnancy because the fetus will not develop into a normal, healthy baby. This can be caused by abnormal cell division, or poor quality sperm or egg.

Should I have a D&C or wait for a natural miscarriage?

This is a decision only you can make for yourself. Most doctors do not recommend a D&C for an early pregnancy loss. It is believed that a woman’s body is capable of passing tissue on its own and there is no need for an invasive surgical procedure with a risk of complications. A D&C would, however, be beneficial if you were planning on having a pathologist examine the tissues to determine a reason for the miscarriage. Some women feel a D&C procedure helps with closure, mentally and physically.

[b]How can a blighted ovum be prevented?


Unfortunately, in most cases a blighted ovum cannot be prevented. Some couples will seek out genetic testing if multiple early pregnancy loss occurs. A blighted ovum is often a one time occurrence, and rarely will a woman experience more than one. Most doctors recommend couples wait at least 1-3 regular menstrual cycles before trying to conceive again after any type of miscarriage.

Setelah 5 Hari Berpantang

"Nampaknya baby adik ni tak jadi la dik"..sebaris ayat yang disampaikan doktor padaku masih melekat dalam ingatan hingga kini...

Hujung minggu lepas (09.08.09) sedikit pendarahan telah terjadi dan saya rasa risau sangat,teringat pesan nurse aritu, kalau keluar darah sikit pun cepat2 pergi hospital. malam tu, saya mengajak suami untuk pergi berjumpa doktor. Pada ketika ini mengikut kiraan saya, usia kandungan adalah 11 minggu. Sepatutnya janin ini telah mempunyai denyutan nadi dan beberapa organ penting telah terbentuk..ermmm saya sememangnya agak teruja untuk melihat rupa bentuknya.

Setelah hampir 1 jam menunggu giliran di klinik (Klinik Rabbisyafinna-klinik wanita dan kanak2), nama saya dipanggil untuk pemeriksaan. Setelah menceritakaan keadaan saya, doktor mengambil keputusan untuk scan perut saya..dan keputusannnyaa..amat mengecewakan..my baby not dev since 7 weeks. means it's blighted ovum! persenyawaan berjaya berlaku tapi pembahagaian embrio tidak mencukupi untuk janin terbentuk.. ermmm suami saya dipanggil untuk melihat sendiri dan doktor menjelaskan padanya..kerana confirm saya sudah tidak mampu berkata2!!! malam itu hanya berakhir dengan air mata..... terimakasih kepada my beloved hubby yang tak jemu memujuk dan memberi kata2 semangat! love u so much dear.

Doktor mencandangkan agar saya mencuci rahim di mana2 hospital.Kalau tak di cuci ianya akan busuk di dalam dan akan mendatangkan lebih banyak masalah selepas ini. Dan hasil perbincangan dengan suami, hari Isnin saya ditemani suami dan mak mertua ke sebuah klinik pakar untuk menjalankan prosedur yang di syorkan.

Saya berjumpa dengan Dr. Hoo. Seorang doc yang lemah lembut dan senyum jer...lega sikit rasa gemuruh di dada. Setelah bincang2, prosedur yang dibuat ialah:

9.30 pg-scan perut untuk confirmation, confirm blinded ovum!
10.00 pg- doc masukkan ubat melalui vagina untuk lembutkan dinding uterus yang nak dicuci.kena tungu 3 jam baru boleh cuci (doc akan sedut semua drh keluar, ermm bukan korek macam kat gov hsptl!)
10.00 - 12.00 - perut rasa sengal2..doc suruh g jalan2, minum2 dulu.lepas sejam, sikit je darah yang keluar. so smpat saya dan suami dan mak g shopping kat The Store..heeee
1.00 - setelah tunggu giliran, saya dipanggil masuk ke bilik prosedur di jalankan..( bilik bedah kecik n simple je) .Kerja pantas misi dan Dr. Hoo membuatkan saya tidak smpat berdebar, saya baring je, terus dia minta saya hulurkan tangan untuk dibius..rasanya beberapa saat je kot saya sedar,(smpat la saya berzikir dan selawat minta semuanya selamat dan lancar).. lepas tu terus tidur..
2.30 ptg- saya tersedar dan rasa pening2, rehat sekejap, sb masih bleeding (ada kat ward smntara)
3.00 ptg - saya keluar dan jumpa my husband n mak..lepas tu terus balik..

dan sekarang telah 5 hari saya berpantang di rumah mak mertua...

Saturday, July 25, 2009

Berlalunya Rejab, bulan yang Mulia

salam hujung minggu buat semua, dan buat diri saya yang tengah kebosanan dan kekeringan idea.. dok tunggu xmuncul2 idea nak tulis ape..sampai berakhir sudah Rejab, tanpa saya sedari.

Setiap hari ada kawan2 berpuasa dan mengingatkan saya ttg puasa sunat Rejab. Alhamdulillah, terimakasih2 kawan2. tapi keadaan diri yang amat cepat keletihan buat saya kalah dengan niat sendiri...setiap hari niat nak puasa,..tapi sampai shj sekolah..kantin yang saya singgah dulu..mmg tak tahan dah..kena makan dulu baru ok..kalau x sehari la badan saya berangin..sampailah berakhirnya Rejab. sehari pun saya tak dapat tunaikan niat saya untuk berpuasa.

awal Syaaban ni, saya kerap muntah pula, dan selera makan pun makin berkurang..ujian lagi untuk saya. cam na ni nak puasa????doa saya semoga syaaban yang Mulia ini saya diberi kekuatan untuk berpuasa.. latihan untuk diri saya menghadapi Ramadhan dalam keadaan berbadan dua..

Friday, July 17, 2009

i'm now in first trimester pregnancy!


~8 weeks~

it's miracle, thanks GOD! my hubby orang yang paling happy dan paling terkejut atas kehamilan ni, sampai tak boleh nak berkata2.diam sepanjang malam..mungkin memikirkan dirinya yang bakal nak jadi ayah.. :D

Seluruh keluarga saya juga amat gembira dengan berita ini..."dia" bakal menjadi cucu sulung keluarga Haji Ahmad Phuat& Hjh Midah.

Perasaan saya?? saya dah jangkakan dari awal yang saya akan pregnant, sbb saya telah mengira kitar period 5 bulan sebelum kawen dan masa perkahwinan adalah tarikh yang paling subur.. ermmm selepas menanti period pertama lepas kawen tidak muncil tiba,dengan perasan yang amat berdebar, saya mengambil keputusan untuk membuat pregnancy test..it's positif! semua perasaan ada time tu, malu,takut, seram, terkejut, gembira dan sebagainya bercampur menjadi satu!

and now saya rasa xsabarnya nak habiskan trimester pertama ni! alhamdulillah awalnya saya tak pulak loya atau muntah2.. doktor cakap badan saya fit..tapi sejak usia kandungan masuk 8 minggu, saya cepat letih dan selalu kerap rasa nak demam.lemahnya badan rasa...nak naik turuun tangga masuk kelas pun rasa berat sangat kaki.. xmudah rupanya nak jadi ibu. hari ni saya terpaksa lagi MC kerana badan yang letih sbb demam dan selsema... seharian saya rehat2 sahaja di rumah. semoga segala kasakitan menghapuskan dosa dan menjadikan saya lebih kuat mengharungi 9 bulan fasa kehamilan..

Tuesday, July 14, 2009

Aku Seorang Isteri..

Sabda Rasulullah SAW:

"Sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya.

(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)


menghayati hadis ini membuatkan saya rasa beratnya amanah seorang isteri. TAAT mmg senang dan mudah di sebutkan, tapi untuk melaksanakannya belum tentu dapat di lakukan 100% .takutnyaaaa...pejam celik dah sebulan lebih saya bergelar isteri, ape yang saya dah lakukan untuk suami saya?? soalan yang sering saya tanya pada diri sendiri sebagai muhasabah harian.. kadang2 lupa diri gak..hehe rasa mcam masih bujang...nak enjoy jer!

sekarang kena fikir dan buat keje berdua, saya dan cikzul...solat berdua (emmm de best moment in my life!), makan dan minum berdua, shopping berdua, nak kuar jalan mesti berdua,..semuanya kena ingat dia jugak!

tapi satu benda yang paling berubah ttg hidup saya, balik sekolah mesti cepat! heee..counting times to meet my hubby! balik tido supaya tak terasa masa yang panjang sementara wait my hubby balik jam 6ptg..huhu dasyat nyer rindu ni....huhuhu.

Zue&Zul

Taman Rinting, johor


Sunday, July 12, 2009

Dia..kurniaan yang terindah..


Terima kasih Allah kerana menganugerahkan dia sebagai teman hidupku...semoga cinta yang bersemi mekar hingga ke syurga dan sentiasa berada dalam keberkatannya.



Keluarga bahagia Haji Ahmad Phuat dan Hajjah Midah dengan menantu pertamanya...Zulkefly bin Mohamed Noor. Dulu berenam, sekarang dah tujuh..tahun depan lapan, insyaAllah.



Ayah dan Mak mertua saya.Mohamed Noor Bin Sabar dan Puan Pon Bt Kasan (orang yang bertanggungjawab memperkenalkan saya dengan anaknya!)

Profile suami saya :)

Nama: Zulkefly bin Mohamed Noor
Umur: 28 tahun
Anak ke 3 dari 6 adik beradik
Ketinggian : 174cm...bezanya dengan saya!
Berat : 75kg
Blood group: O+ve

Alamat: Taman Rinting, Pasir Gudang,Johor (tmpat saya menginap sekarang...huhu..tumpang umah mak mentua jap)

Pekerjaan: Crane Operator, MMHE Pasir Gudang.

Hobi: dulu bola sepak, sekarang memancing kot! heeee baru sebulan kawen...lepas ni baru tau hobi sebenar dan terkini :)

Prinsip Hidup: Jgn berhenti bebuat baik pada orang- kalau orang buat jahat, diam jer.. ( ayat yang sering diulang2 pada saya dari mula kenal) huhu..tabik la ngan abang!

Dia seorang yang pendiam...kontra dengan saya, tak cerewet dan senang dibawa berbincang..hee..alhamdulillah kehadiran dia melengkapkan saya dan membuatkan hidup saya lebih sempurna, lebih tenang dan setiap detik lebih bermakna! love u so much...


puncak yang menyaksikan cinta kami.. :) Bukit Mat Chincang, Langkawi

Saturday, June 27, 2009

Terima Kasih sudi memenuhi undangan

alhamdulillah...hari ini diberi kekuatan dan idea olehNya untuk menulis dan mengemaskini blog..pertamanya of course nak ucapkan terima kasih buat semua yang sudi menghadiri majlis saya di Kedah dan di johor.

1. a very big thanks to my beloved sister, neni yang sudi menemani dan membantu akak dari majlis nikah sampai habis majlis hari sabtu...
2. a special thanks to ana, bonda, kak wani dan kak teh yang travel jauh semata2 menghadiri majlis zu...semoga aura pengantin zu sampai pada kalian berempat.. :D
3. azhar, as, pudin, kak ida dan ismah- terima kasih datang jugak korang ke rumah zu.
4. hafni, siddiq dan hamizan- semoga ukhwah kita kekal berpanjangan..
5. Pn yusni dan ustz asyraf- tetamu dekat yang paling lambat sampai..heee...apepun ia adalah kehadiran yang ttp dinanti.
6. nittie dan suami - pengantin baru yang menjadi tetamu paling akhir.(8.00pm-majlis berakhir!)
7. terima kasih juga atas doa sahabat2 sekalian.

Kehadiran sahabat sekalian sememangnya memeriahkan majlis kami dan di sudut hati saya rasa terharu yang teramat sangat! terima kasih sekali lagi. dan terima kasih juga atas hadiah2 yang telah diberikan..

Friday, May 22, 2009

undangan walimah zurina& zulkefly

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Penyanyang.


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

Maha suci Allah yang telah menciptakan makhluk-Nya berpasang-pasangan…


Ya Allah perkenankanlah kami :

ZURINA BT AHMAD PHUAT

&

ZULKEFLY BIN MOHAMED NOR


untuk melaksanakan syariat-Mu dan menurut sunnah Rasul-Mu dengan mengikat perjanjian kasih dalam membentuk usrah yang Engkau limpah dengan sakinah, mawaddah dan rahmah…


Maka dengan itu, berbekal niat suci karena Allah S.W.T, kami bagi pihak keluarga masing-masing mengundang

sahabat-sahabat IMATCH, AVICENNA, EX MAAHADIAN, EX UM, guru2 SMKDC dan semua yang mengenali saya,

hadir ke Walimatul `Arus kami yang Insya Allah akan berlangsung pada :

hari SABTU 6 JUN 2009

di kediaman pihak pengantin perempuan yang beralamat di:

NO 76, JALAN SIRA, PEKAN PULAI,

09100 BALING, KEDAH

Adalah menjadi suatu penghormatan dan kebahagiaan bagi kami apabila sahabat-sahabat sekalian berkenan hadir untuk memberikan doa restu kepada kami.


Sekian, Wassalamu'alaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh…


Tuesday, May 19, 2009

SELAMAT HARI GURU..cikgu!

Selamat Hari Guru buat semua sahabat yang bergelar pendidik..semoga kita terus tabah dalam mendidik anak bangsa menjadi insan berguna.

terima kasih buat MAK yang menjadi orang pertama mengucapkan selamat hari guru untuk kak ngah..dgn ucapan "be the best teacher"! insyaAllah akan kak ngah usahakan cita2 mak ini.

terima kasih buat pelajar2 yang mengucapkan happy teachers day untuk saya... semoga Allah makbulkan doa yang kalian titipkan buat cikgu.

terima kasih juga atas hadiah2 yang telah di beri...rasanya tahun ni paling banyak dapat hadiah..hari ni saya pakai tudung baru hadiah dari shuhadah..terima kasih ya! semoga Allah membalas niat suci kalian dengan kejayaan dalam peperiksaan yang sedang berlangsung.

tak lupa juga saya nak ucapkan jutaan terima kasih buat semua guru-guru yang pernah mengajar saya! walaupun tak bertentang mata, doa buat kalian sentiasa saya panjatkan. kerana guru saya berjaya sekarang, menjadi pewaris penjana negara bangsa!