Monday, January 19, 2009

penat..letih..xde mood..

baru 2 minggu sekolah bermula,..hanya 3 perkataan ni yang mampu saya ungkapkan...entahla nape...rasa penat dan letih sangat2 dengan sesi persekolahan tahun ni ...semangat yang di tiupkan awal tahun hari tu rasa makin luntur ...dengan kerja yang banyak sehingga serabut kepala..sampai tak tahu nak mulakan dari mana...adui mak...bukan snng tau nak jadi cikgu ni...

menyesuaikan diri dengan pelajar baru mmg memenatkan..walaupun dari tingkatan satu ajar mereka, bila dah streaming baru, tahun baru, geng baru, perangai pun masing2 haru biru..
selalunya situasi beginilah yang buat semngat saya luntur..

saya: "ok, hari ni kita tulis karangan" (in BI)
pelajar 3P: " malas la cikgu"
saya: "ok lah kita tulis skit jer" (masih memujuk)
pelajar: " cikgu buku pe hari ni??
saya: "buku karangan, buku besar.."
pelajar: "tak bawa buku la cikgu...
"belum beli lagi la cikgu...."
cikgu, pakai buku kecik leh tak???
tak de duit nak beli buku panjang... "
cikgu: "oklah..hari ni tulis buku mana yang ada dulu ok.."

saya pun dengan penuh semngat tulis di papan hitamm..
dalam 10 minit pusing belakang...ada yang dah kat luar kelas..
"boys..masuk,..tulis sekarang.."
"ala cikgu....kejap la..."

inilah antara yang berlaku pada pelajar2 hari2.....melayan 40 orang setiap kelas...penatkan...

dan muka2 ni la yang selalu saya jumpa di bilik disiplin..rotan yang sedia ada macam sudah kenal dengan pungg**ng2 mereka..dah kebas dan kebal...sebat 1 rotan..hanya dijelingnya cikgu disiplin..2 rotan baru gosok skit bont**t nya..x tau la nak buat cam na lagi... kadang2 bukannya penat ape pun, tapi lelah melihat semakin ramai yang dihukum atas pelbagai sbb...satu ujian psikologi buat saya yang menghuni di bilik disiplin :((



...........cikgu zurina kepenatan menanti meeting English Panel....................

Thursday, January 15, 2009

SELAMATKAN BUMI GAZA!!

ya ALlah ya tuhanku..seLAmatkanlah bumi GAZA dan saudara-saudaraku di sana, dari kekejaman dan niat jahat orang2 yahudi...aku mohon padamu ya Allah..tolong lah saudaraku disana ya Allah...tak sanggup lagi aku mendengar tangisan dan jerit pekik mereka meraung kesakitan,ya Allah..makbulkanlah doaku dan doa seluruh umat islam yang lain..amin ya rabb...

Wednesday, January 7, 2009

welcome back to school.....

rasanya saya belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan selamat kembali semula ke sekolah buat semua guru-guru dan murid2 sekolah.

tahniah kepada semua yang telah berjaya sampai ke sekolah untuk sesi 2009!

tingkatkan usaha, teruskan perjuangan- inilah azam tahun baru cikgu zurina!


Sunday, January 4, 2009

menjawab tag dari faiz faiza...

Rules: Once you’ve been tagged, you are supposed to write a note with 16 random things, facts, habits, or goals about you.

mak aiii...banyaknya nak kena jawab..macam kena interview ngan reporter lak..hehe

Randomly, goals for 1430H/2009M;
1. nak tingkatkan simpanan..lgkah pertama dah tambah jumlah tabungan kat tabung haji..:D alhamdulillah...harap2 dapat jadi hajjah awal.
2. nak beli rumah..tadi (16 januari 2009) dah g book rumah kat Taman Bukit Dahlia...thanks to my future bapa mertua yang sudi dahulukan 10% duit umah.. bulan 6 dah boleh masuk rumah baruu...alhamdulillah..
3. nak bina masjid...rabbi yassir walal tu' assir ya karim..moga dimudahkan segala urusan..
4. tingkatkan disiplin pelajar SMK Desa Cemerlang..sekarang ni saya masih dalam proses pembelajaran menjadi guru disiplin...hari2 termenung kat meja sendiri sbb tak tau nak mulakan kerja dari mana..huhuhu banyak betul fail n dokumen yang perlu disemak dan di kaji...moga2 usaha cikgu ni akan memberi kesan kepada masa depan anak bangsa...amin..

Randomly, my habits;

1. baca novel2 cinta yang mengusik jiwa..heheheh...:D dah lama tak baca..last baca time cuti sekolah hari tu...
2. tido of course....awal tahun yang sibuk memuatkan mata ni cpt sangat terpejam..
3. makan...i like it!
4. berangannnnnnnnn....macam yang diangankan..harap2 jadi kenyataan...

Facts;
1. saya lahir pada 18.10.1983 di hospital jerantut, pahang...so kalau ikut IC saya ni orang pahang..tapi tak mengaku sbb dah 25 tahun dok kat kedh.. smpt hidup kat pahang 40 hari je..
2. mempunyai tanda lahir di tangan...
3. sangat suke make over...:D sape lagi nak muka dia di make overkan oleh saya???
4. sng jatuh cinta tapi sng juga untuk melupakan dia.....

Most Favorite Foods:
1. semua msakan kampung yang dimasak oleh mak n achik saya... marvelessssssssss!!!
2. tempoyak..ni kak suzi yang ajar saya makan..masa kat RZ dulu...
3. sambal belacan cecah ulam..
4. ikan pekasam makan ngan nasi putih panas2.. huh! meleleh air liur..

Top 5 Types of Guys I Adore :(soalan wajib bila umur dh masuk 25, err...nk masuk 26)

1. mesti tinggi...180++..heheh
2. good looking..
3. tak banyak cakap..cause i like to talk a lot..mesti dia pendengar yang baik..
4. not smoking
5. mestilah mendokong perjuangan ISlam...

alhamdulillah he is become mine one day....wait aaa...

5 Things I Love Doing When I'm Happy :
1. senyummmmmmmmmmmmmmmm je ari tu..
2. sujud syukur..alhamdulilllah...terima kasih atas kurniaanNya..
3. belanja kawan2..
4. bersemngat buat ape saje keje..
5. tido dengan senyuman..heheeh nyenyak jee..

things I Wish To Happen :
........my wedding day........

tahun baru..AZAM baru!

Sebelum hari esok bermula..baik saya menulis untuk yang ke sekian kalinya...bermula esok dan hari2 yang bakal tiba,mungkin kesibukan tugas sebagai guru membuatkan saya lelah untuk berada di depan laptop dan menulis lg.. tarikan tilam n bantal lebih kuat berbanding intenet yang penah menjadi kegilaan saya suatu masa dhulu..

tahun baru 2009..satu cabaran yang besar buat saya..mesyuarat pertama guru (26/12), buku pengurusan telah diedarkan..dalam buku ni tercatat semua tugasn dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sepanjang 2009...dapat je buku ni..saya terus membuka dan mencari nama saya..ermmm tugasan saya seperti yang di jangka..

1) s/u unit pengurusan disiplin dan badan pengawas.
2) ketua panitia biologi
3) AJK Khas Lawatan KOKO
4) Ketua penasihat PBSM
5) guru persatuan sains dan matematik
6) guru tingkatan 1 Mesra
7) AJK ppsmi

dan macam2 lagi ajk2 lain yang kecik2 je..yang tersenarai di atas tu yang utama yang mesti di fokuskan..

Terasa berat jugak bahu ni melihat tugasan yang disenaraikan..belum tambah lagi jadual mengajar saya yang 29 waktu seminggu kelas yang diajar pun boleh tahan jugak nakalnya....tahun ni kena ngajar

tgkatan 1 -sains
tngkatan 2- BI
tingkatan 3- BI
tingkatan 4 - biologi

Azam baru.mestilah nak buat yang terbaik untuk semua tugas diatas...terutamanya disiplin pelajar! pengetua baru yang lebih energetik membuatkan saya sentiasa teruja untuk membuatkan yang terbaik dan meningkatkan prestasi diri.. mesti peluang tu ada untuk saya bukan!

doa saya semoga pelajar2 saya dapat menerima semua ajaran dan teguran saya dan cikgu2 lain.. cukuplah kamu semua menjadi manusia yang berguna di muka bumi ni.bukannya perompak,pencuri@penjenayah..dan yang sewaktu dengannya...