Tuesday, May 19, 2009

SELAMAT HARI GURU..cikgu!

Selamat Hari Guru buat semua sahabat yang bergelar pendidik..semoga kita terus tabah dalam mendidik anak bangsa menjadi insan berguna.

terima kasih buat MAK yang menjadi orang pertama mengucapkan selamat hari guru untuk kak ngah..dgn ucapan "be the best teacher"! insyaAllah akan kak ngah usahakan cita2 mak ini.

terima kasih buat pelajar2 yang mengucapkan happy teachers day untuk saya... semoga Allah makbulkan doa yang kalian titipkan buat cikgu.

terima kasih juga atas hadiah2 yang telah di beri...rasanya tahun ni paling banyak dapat hadiah..hari ni saya pakai tudung baru hadiah dari shuhadah..terima kasih ya! semoga Allah membalas niat suci kalian dengan kejayaan dalam peperiksaan yang sedang berlangsung.

tak lupa juga saya nak ucapkan jutaan terima kasih buat semua guru-guru yang pernah mengajar saya! walaupun tak bertentang mata, doa buat kalian sentiasa saya panjatkan. kerana guru saya berjaya sekarang, menjadi pewaris penjana negara bangsa!

No comments: