Friday, August 14, 2009

Setelah 5 Hari Berpantang

"Nampaknya baby adik ni tak jadi la dik"..sebaris ayat yang disampaikan doktor padaku masih melekat dalam ingatan hingga kini...

Hujung minggu lepas (09.08.09) sedikit pendarahan telah terjadi dan saya rasa risau sangat,teringat pesan nurse aritu, kalau keluar darah sikit pun cepat2 pergi hospital. malam tu, saya mengajak suami untuk pergi berjumpa doktor. Pada ketika ini mengikut kiraan saya, usia kandungan adalah 11 minggu. Sepatutnya janin ini telah mempunyai denyutan nadi dan beberapa organ penting telah terbentuk..ermmm saya sememangnya agak teruja untuk melihat rupa bentuknya.

Setelah hampir 1 jam menunggu giliran di klinik (Klinik Rabbisyafinna-klinik wanita dan kanak2), nama saya dipanggil untuk pemeriksaan. Setelah menceritakaan keadaan saya, doktor mengambil keputusan untuk scan perut saya..dan keputusannnyaa..amat mengecewakan..my baby not dev since 7 weeks. means it's blighted ovum! persenyawaan berjaya berlaku tapi pembahagaian embrio tidak mencukupi untuk janin terbentuk.. ermmm suami saya dipanggil untuk melihat sendiri dan doktor menjelaskan padanya..kerana confirm saya sudah tidak mampu berkata2!!! malam itu hanya berakhir dengan air mata..... terimakasih kepada my beloved hubby yang tak jemu memujuk dan memberi kata2 semangat! love u so much dear.

Doktor mencandangkan agar saya mencuci rahim di mana2 hospital.Kalau tak di cuci ianya akan busuk di dalam dan akan mendatangkan lebih banyak masalah selepas ini. Dan hasil perbincangan dengan suami, hari Isnin saya ditemani suami dan mak mertua ke sebuah klinik pakar untuk menjalankan prosedur yang di syorkan.

Saya berjumpa dengan Dr. Hoo. Seorang doc yang lemah lembut dan senyum jer...lega sikit rasa gemuruh di dada. Setelah bincang2, prosedur yang dibuat ialah:

9.30 pg-scan perut untuk confirmation, confirm blinded ovum!
10.00 pg- doc masukkan ubat melalui vagina untuk lembutkan dinding uterus yang nak dicuci.kena tungu 3 jam baru boleh cuci (doc akan sedut semua drh keluar, ermm bukan korek macam kat gov hsptl!)
10.00 - 12.00 - perut rasa sengal2..doc suruh g jalan2, minum2 dulu.lepas sejam, sikit je darah yang keluar. so smpat saya dan suami dan mak g shopping kat The Store..heeee
1.00 - setelah tunggu giliran, saya dipanggil masuk ke bilik prosedur di jalankan..( bilik bedah kecik n simple je) .Kerja pantas misi dan Dr. Hoo membuatkan saya tidak smpat berdebar, saya baring je, terus dia minta saya hulurkan tangan untuk dibius..rasanya beberapa saat je kot saya sedar,(smpat la saya berzikir dan selawat minta semuanya selamat dan lancar).. lepas tu terus tidur..
2.30 ptg- saya tersedar dan rasa pening2, rehat sekejap, sb masih bleeding (ada kat ward smntara)
3.00 ptg - saya keluar dan jumpa my husband n mak..lepas tu terus balik..

dan sekarang telah 5 hari saya berpantang di rumah mak mertua...

2 comments:

fairuspeng said...

takziah...
banyakkan bersabar

amiey lee said...

zu,
emy tumpang simpati dengan apa yang terjadi..insyaAllah mesti ada rezeki lain kali...