Monday, March 30, 2009

DOA BUAT SAHABATku.,,,ike.

buat sahabatku yang tersayang, ike...semoga Allah mudahkan sahabat untuk melahirkan zuriat tersayang, penyambung mata rantai perjuangan Rasulullah..zu sentiasa mendoakan ike yang sedang menanti saat melahirkan tabah dan sabar (walaupun date due dah lama berlalu).semoga selamat semuanyaaaaa...

buat sahabatku yang lain, doa untuk kalian jua...

Saturday, March 28, 2009

cerita satu minggu....

ahad- alhamdulillah, setelah perjalanan yang panjang bersama kakak tersayang..jam 9 pagi saya tiba di terminal bas larkin johor...setelah seminggu menghabiskan masa di kampung halaman. Pekan Pulai, Baling Kedah DARUL AMAN.

isnin - saya betul-betul bersemangat ke sekolah hari ni...otak baru rasa lapang dari segala serabut yang telah mencuri fokus saya selama ini. banyak kes di sekolah yang telah saya abaikan..kesian khalid dan ferdous.sampai serabut muka, rupanya masa cuti pun terpaksa menghadap kes yang agak berat.very pity to them!.bersalahnya rasa..mohon ampun ye kawan.

selasa - saya berkurung dalam bilik disiplin. cuba selesaikan senarai semak buang pelajar...khalid dah ajar semalam..hari ni kena praktis- dapat selesaikan 1 saja pelajar..susah tau nak semak kes2 dari mula dia f1 sampai sekarang dah f5..toing..toing...pening!

rabu -mesyuarat audit akademik SPM. subject saya jatuh sikit! sedey.....tapi bilangan A meningkat..alhamdulillah...

khamis- kursus STUDM dan SSDM -sistem tadbir urus disiplin murid... waaaaaaaaaaa...a lot of works to do after this! sume yang di buat manual sebelum ini perlu di "komputer" kan..secara peribadi...mmg bagus sistem ni, tapi kerja pengkeranian saya akan bertambah setahun ni...tahun depan mungkin dah ok skit, bila semua maklumat pelajar dah get ready! just click...

jumaat - very tension day! hari ni raptai untuk mesyuarat PIBG dan penyampaian anugerah pelajar.. sepatutnya juruacara majlis dua orang tapi ..cikgu laki ni suka tul buat hal, suka-suka hati passing tugas pada orang lain.lepas tu sume buat tak tahu jer...terkontang kanting saya...skrip dah la saya yang readykan semuanyaaaaaaaa..baca pun tak boleh ka????tension dan geram menjadi 1...sedeynyaaa....after 1 hour, pertolongan Allah sampai jua...terima kasih yana sbb tolong zu jadi mc esok..after school- terus saya g spa ngan iza!

sabtu....hari ni, MESYUARAT AGONG PIBG DAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR. jom ke sekolah!

Friday, March 20, 2009

ape yang hilang dalam hidup anda???

hilang duit, hanya sedikit sahaja yang hilang,
hilang cinta, hanya separuh sahaja yang hilang.
hilang semangat???? semua sekali dalam hidup anda akan hilang!!!

fikir2 kan...

Wednesday, March 18, 2009

THINGS TO BUY OR THINK TO BUY??

Hari ni saya menghabiskan masa sehari bersama mak, achik, adik eik dan adik wan bershopping sakannnnn... mak amik cuti sbb nak g shopping..heee..we all pilih g sunway carnival kat bukit mertajam sbb sume yang nak dibeli ada kat situ..kerja saya mcam biasa dari kecik sampai besar..listkan barang yang nak dibeli sebelum pegi shoppping. Mak n achik nak beli bagasi untuk pegi umrah, saya nak menghabiskan wang kat kedai A tu Z (macam2 ada!) adik nak beli baju kat alikhsan.tentunya list saya lebih panjang dari yang lain!

setelah bershopping habis, tepat jam 6 ptg kami pun sampai rumah..letihnyaaaaaaa...act 2 tempat kami jalan..bukit mertajam dan sungai petani..alang2 dah cuti mak nak jalan sakan...

sampai je rumah...saya pun buka la list yang dibawa untuk buat checklist semula..barang ape yang dah dibeli dan belumm..

" mak..gheja kak ngah ni dari kecik sampai besaq...asyik pi kedai ja...buat list, pastu beli....beli.....beli...."
" itulah hang, tak tau la bila nak pencen..asyik membeli ja...tak boleh ada duit skit.. lepas ni hang kena tukaq...bukan lagi things to buy, tapi think to buy"...kena fikir dulu sebelum beli...

opppssss terdiam terus saya...betul jugak tuuu, zaman ekonomi dah meleset ni kena jimat2 skit...

Monday, March 16, 2009

SELAMAT BERCUTI CIKGU!

alhamdulillah, akhirnya dapat juga semua guru2 berehat sebentar setelah hampir 3 bulan bertungkus- lumus disekolah. saya fikir ramai yang ternanti-nanti cuti pada kali ini..ermm termasuklah saya..banyak urusan peribadi yang tertangguh sebelum ni lantaran tugsan sekolah dan aktiviti pelajar yang diutamakan...

walaubagaimana pun, mungkin penat lelah kita telah di bayar dengan senyuman dan kegembiraan pelajar yang menerima keputusan cemerlang dalam spm tahun lepas.. saya juga tidak dapat menggambarkan perasaan saya ketika itu..gembira, sedih, terharu dan sebagainya bagai bercampur menjadi 1.

1.gembira melihat masa depan pelajar saya yang makin cerah,
2. sedey juga mengenangkan keputusan subjek saya yang jatuh sedikit..(walaupun PK1 saya dah maafkan)..
3. terharu bila dipeluk pelajar dan mereka mengucapkan terimakasih cikgu!emmm cikgu doakan kalian akan terus berjaya menjadi insan yang berguna.
tahniah!!!!

bestnya dapat tido puas2 cuti ni...selamat bercuti semua!!!!!! doa saya agar masa cuti yang diberi ini dapat kita tunaikan tanggungjawab kita pda keluarga, sahabat dan diri sendiri yang mungkin agak terabai sejak 3 bulan persekolahan...

inilah tuah cikgu..dapat "menumpang" cuti dan masa rehat pelajar....

Thursday, March 5, 2009

usrah...tamrin qiyadi

jam 6.00 pg, saya dah dapat msg dari pengetua..ttg pemantauan nazir ke sekolah kami...ermm 2 hari ni nampaknya nazir berkampung untuk memeriksa semua fail2 pengurusan bagi mmenuhi SKPM (Standart Kualiti Pelajaran Malaysia)..pg2 tu berdebar jugak jantung ni, takut2 tgh dok lam kelas..muncul lak nazir kat belakang..mampus...tapi mals nak ambik pusing sangat..nak pantau, pantau lahhhhhhhhhhhh, kalau dia komen boleh baiki di kemudian hari..manusia mana de yang sempurna...

lepak2 lam bilik guru..smpat sembang2 ngan kak fatim..(akak yang selalu jadi penghibur hati, pemberi motivasi!)ahahhhahahha...
"akak, nazir tu laki ke pompuan?"
"mestilah lakii, kalau pompuan ko tunggu la akak yang jadi nazir nanti..."
"ye ke kak...kalu macam tu, masa tu sure saya dah jadi pengetua...ermmm mesti akak tanya saya, usrah dah buat untuk cikgu2???"
"tak, akak nak tanya...tamrin qiyadi dah buat ke belum???
hehehehe..tergelak besar kami..

teringat kenangan di kampus..kak fatim dengan kenangan di kampusnya dan saya di kampus saya...menarik bila sama2 bercerita...rindu lah........

p/s: setiap guru adalah pemimpin bagi pelajarnya...mmg penting tamrin qiyadi (latihan kepimpinan)...boleh di cadangkan ni...:D

Monday, March 2, 2009

isnin 3 mac...bersamaan 5 rabiulawal 1429H

bulan ni bulan kelahiran RASUL junjungan mulia NABI MUHAMMAD S.A.W..Sama2 kita banyakkan salawat ke atasnya.. dan saya menyeru kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat agar kita sama2 mengamalkan sunnah baginda...

alhamdulillahhhhhhh hari ni saya telah berjaya melaksanakan puasa pada hari isnin! tahniah kepada diri sendiri..hehe. bukan mudah bagi seorang guru seperti saya untuk menahan tekak dan perut dari nafsu makan dan minum. memandangkan suara merupakan medium pentng dalam menyampaikan pelajaran kepada lebih 30 orng pelajar dalam satu kelas, 1 liter air belum tentu cukup bagi setengah hari. setiap orang guru pasti menggalas sebotol besar air bersama beg2 lain setiap pagi..penting! untuk pastikan penyampaian sentiasa jelas dan sntiasa power!!!!!

p/s- tak sabar menanti sambutan maulud di negeri johor ni. lain dari negeri lain dan yang pastinya sangat meriah!

Sunday, March 1, 2009

bestnya dapat cuti!

alhamdulillah...bestnya dapat rasa betul2 cuti hari ahad hari ni..selama ni ahad pun pegi sekolah, tak pun ada mesyuarat atau program2 muslimat! hari ni mmg saya ambil keputusan untuk tidak menghadiri mana2 aktiviti..nak bagi peluang diri sendiri berehat dan tenangkan fikirannnnnnnn...

nikmatnya rasa..ape nak buat hari ni yer???

6.30- solat subuh, motivasi diri, jgn tido lepas subuh! nanti rezeki tak masuk......
7.00- lipat kain,kemas almari, basuh kain- baju sutera kena basuh tangan..so, tak boleh malas2 kalau nak pakai cantik2.:D yang lain2 masuk mesin jer. kak jah, kain sutera trgganu murah2 tak??kirim boleh???hehehe
8.00-breakfast. nak masak, tapi lupa beli barang dapur semalam..disbkan dapur dah lama tak berasap, hanya tinggal bawang je lam kabinet..so makan roti n kopi radix je la..mai secawan! sambil2 tu, ngadap laptop ni.
8.30- call achik, rindunya kat kg..lagi 2 minggu nak balik..yuhuuuuuuuuuuuuu..
10.00- jap g nak menjahit skit lagi langsir bilik disiplin. nak tempah mahal..so cikgu decide jahit sendiri...heheh..bila lagi nak tunjuk bakat..thanks makdah, pinjamkan zu mesin jahit.
12.00- nak masak ape ye hari ni??? kena kuar beli barang dapur jap...rindu nak masak..jap g search recipe...
2.00- ptg ni nak baca majalah..rilekss2.. tgk tv.. sambil tanda kertas ujian budak...itu pun kalau rajin.huhuhu. hari ni hot.fm big jem...konsert 8 jam tanpa henti...so, saya decide tak nak kuar umah... lepak kat umah lagi bagus dari bersesak2 kat jalan. lagi pun hati ni tak boleh terima aktiviti seprti ini...8 jam tanpa henti..bayangkan..takkan sume orang yang pegi tu uzur, tak solat..surau kat danga bay tu punyalah kecik..sekali solat boleh la dalam 7-8 orang. tapi kalau ramai2 nak solat jemaah tepi pantai ok gak..saya pun nak join..mesti nikmat rasa kebesaran Tuhan!
8.00- malam ni baru nak kuar...itu pun sbb nak tgk fashion show pengantin 2009 kat angsana! kot2 dapat idea baru... hehehe

oklah...rasanya hari ni saya dapat nikmati masa lapang yang Allah berikan dengan sebaiknya, sebelum masa sibuk mengahntui saya..