Wednesday, November 11, 2009

SELAMAT HARI LAHIR AYAH..

Selamat hari Lahir buat ayah mertua saya yang ke 56. Semoga diberikan kesihatan yang baik dan semoga terus kekal bahagia..hingga ke syurga.

Terima kasih mak, sbb belanja kami mkn kat My Friends..hee. Sdp! no cake, just aiskrim pemanis hidangan makan malam kami..

aku pun sempat la jugak posing kat tepi kolam..hee..my hubby tukang amik gambar, just kami berempat malam tu meraikan besday ayah.


Friday, November 6, 2009

Tukar sekolah????

Hari ni keputusan pertukaran sekolah antara negeri dah keluar. ramai guru2 sibuk tanya sape yang dapat tukar...heee..saya??? ermmm zu dah jadi orang Johor, tak payah la nak minta2 tukar..duduk je kat sini!(respon kwan2) kita hanya merancang dan dah termaktub rezeki saya di negeri ini..maka di sinilah saya..hehehe apepun saya bahagia!

Sebenarnya, saya pun ada minta tukar, tapi pertukaran dalam daerah..result belum keluar..harap2 dapat la sekolah dekat skit ngan umah(skrg,6.45 dah kena kuar umah,letih2!) kalau dapat tukar, xpayah nak bersesak di highway pasir gudang tu hari2.jimat masa, jimat minyak..doakan yer!

Wednesday, November 4, 2009

Salam Takziah dan Tahniah!

Lewat ini, saya memilih untuk hanya menjadi silent reader..niat sentiasa ada untuk update blog, cuma usaha yang kurang. saya lebih senang memilih untuk membaca majalah dan mencuba resepi baru.rasa hilang segala serabut bila dapat masak untuk yang tersayang! Akhir tahun ni je masa yang saya ada untuk hobi2 lama saya ni sbb keje sekolah dah kurang (walaupun xkan habis sehingga hujung tahun).

banyak betul berita sedih dan gembira yang saya dapat dari emel dan sms..

Takziah saya ucapkan kepada Kak dijah dan ust Ramadhan atas pemergian Nur Fatimah. Doa saya sentiasa mengiringi kalian.

Takziah jugak buat kak Fatim atas pemergian atuk tersayang. Semoga dia dicucuri rahmat..

Tahniah pula buat kengkawan Avicennna yang menimang cahaya mata..tahun ni ramainya saya dapat anak buah yer..alhamdulillah..

Tahniah buat sahabat yang akan melangsungkan perkahwinan. selamat datang ke alam yang penuh cabaran dan dugaan, tapi kaya dengan kasih sayang!
(Ust Halim, a big congrates to you!!! pandai mai simpan rahsia dari saya yer...nak kena dia ni!:D)

Tahniah juga buat sahabat yang berjaya menghabiskan study, buat kakak saya yang baru habis DPLI, welcome to school! :D

Tahniah dan syukur buat mak dan ayah mertua saya yang akan pergi menunaikan haji ke baitulllah..semoga mendapat haji yang mabrur. doakan kami di sini!

Tuesday, October 20, 2009

Jom JOin HPA

Bersama memperjuangkan produk halal keluaran Muslim. semoga kita semua mendapat manfaatnya. Murah, berkualiti dan Berkesan!

dah lama saya menggunakan produk ni..dulu masa belajar makan kismis jer..alhamdulillah, sekarang makin banyak yang diamalkan...

jom sama2 kita join HPA..

http://www.hpa.com.my/

Wednesday, October 7, 2009

Raya '09


~sELAmat HaRi Raya~

Raya kami yang pertama..love u sayang..

Raya pertama di rumah mertua di Taman Rinting, Johor.

my mother in law...yang telah bertungkus lumus masak sedap2! thanks mak...ketupat, kari, lodeh, dan ayam masak merah yang sangat sedap!
(xsmpat nak snap gambar ketupat, sekejap je dah licin)

Petang raya pertama..terus bergerak ke Kedah..dari selatan ke utara kami beraya tahun ni.


raya sambil bercuti...seminggu saya di utara..habis round ngan my hubby.kebetulan dia cuti seminggu...

sekarang dah berada di johor..menghadiri open house dan marhaban.

salam aidilfitri buat semua,
Zurina& Zulkefly
Taman Bukit Dahlia
Johor

jemput datang beraya di rumah kami....

Friday, September 25, 2009

Selamat Hari Raya

salam aidilfitri buat semua kawan2...ampun dan maaf dipinta jika ada salah dan silap.

Saturday, September 5, 2009

Seminggu yang SIBUK.

Alhamdulillah, minggu ni saya dah mula bertugas..kembali ke sekolah dan menghadap semua muka2 yang saya rindui..huh! rindu ke??? of course...dah lama sangat cuti, bosan jugak rasa.

Bila masuk kelas, semua tertanya2 ke mana saya pergi selama 3minggu...

"cikgu, pergi honeymoon kat mana??lama tak nampak...we miss u!! (jerit ramai2)...heee..reaksi pelajar 4Sains1. mesti diorang ingat i g honeymoon..hehehe..bila saya jelaskan perkara sebenar..semua terdiam dan tunduk...Saya hanya tersenyum, sebelum terus memulakan kelas. xperlu cakap panjang2..3 minggu mc, banyak yang tertinggal!

Minggu ni saya berulang dari rumah baru kat bukit dahlia...jauhnya nak sampai sekolah..hampir 30 min! letih wei.... mmg letih dengan kerja yang bertimbun2..back dated punya keje.huh!

Keje rumah minggu ni, oklah..cuma kalau letih sangat, terpaksalah i gantung kuali...sorry my dear, mmg tak larat nak masak...dah sampai umah pun hampir jam 5. masak kat bazar jelah jawabnya...

Sbb hari ni hari cuti, i masa nasi ayam spesel untuk my hubby..cover balik 2 hari xmasak! heeee

Minggu ni dah masuk fasa kedua Ramadhan, selamat meningkatkan amal ibadah dan membuat persiapan menghadapi Aidilfitri...

p/s..thn ni jual kue raya...ermm ingat dah xnak buat,tup2 ada lak yang tempah..lagi la tambah kesibukan!

Thursday, August 27, 2009

today's update...

Kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya mendung di tengah hari..waaa mana nak sidai baju yang berbakul tu??? Semalam saya berjaya menyelesaikan masalah paip air mesin basuh.. alhamdulillah, mula ptg semlm saya telah menjlnkan operasi basuh baju yang berbakul2 tu(seminggu tak basuh sejak pindah rumah baru) tentu la banyak kan, dan pagi ni sambung lagi...seronok rasa dah dapat basuh baju n rumah pun nampak la kemas skit..lepas basuh sidai lak..penuh pagar rumah dengan kain...hehehe

tup2 elok tengah hari je mendung pun berarak datang...waaaa..sedeynyaaaaaaa...sudahnya, abisla semua gril2 menjadi ampaian saya. sakit mata tgk..tapi buat2 tak nampak jer...my hubby janji nak belikan penyidai weekend ni..janji tau..jgn lupa lak!.sng skit keje ayg..

disbbkan cuaca yang mendung tghari ni, metabolisme bdn pun slow je rasa..hee..nak buat keje pun malas...so today just surf tenet...baca blog kawan2 n update my fren's list (xsabar tunggu iFD..windu kawan2 imatch...bestnya bila dapat jumpa, sure byk ceritakan...) ari tu angah dah tanya pasal I-29 list name n phone number..maybe minggu ni baru leh buat..sorry angah,baru rasa betul2 sihat nak mulakan keje...

keje??? huh! masih ada 2 kelas paper BI kertas 2 (trial PMR) belum di tanda...pe karangan la yang my stud ni tulis...saya rasa macam tunggul kayu je kat depan waktu ngajar...lain yang diajar lain yang dibuat! letih2..sedikit frust bila baca sekali lalu..dah la menanda ni nak kena fokus n details..i paling tak suka,dah pulangkan kertas ada pembetulan dsbbkan my careless..ermmm but still ada few stud yang boleh dibanggakan...peningkatan yang cukup bagus, buat hati cikgu berbunga2!

sambil2 surf2 ni otak tgh ligat berfikir nak masak pe ptg ni...tanya my hubby.."xpe, ayg msak simple2 je...abg tak kisah..janji kenyang"..ermm hari2 tu je jawapn dia...ape nak masak ni..yang ada, ikan kembung, sotong, bayam..ikan masak sambal, sotong goreng, sayur air bayam...ok tak??? jam 4 baru mula masak...nak mula tanda kertas lak..

Wednesday, August 26, 2009

Hari Gaji...Selesaikan Hutang.


Mengingati hutang mmg membuatkan kepala saya rasa serabut dan susahnya nak melelapkan mata..semalam hari gaji bagi semua pekerja kerajaan, termasuk lah saya..ermm sempena juga dengan cuti sekolah, semalam seharian saya mengunjungi semua bank2 yang berkaitan untuk menjelaskan segala hutang2...rupanya banyak hutang saya yang nak kena jelaskan..dan dalam bulan yang mulia ni jugak baik tak dilengah2kan hutang..bukankah membayar hutang itu wajib hukumnya..

so sambung balik citer semalam, mula2 saya pergi sekolah ambil segala surat2 bank.maklumlah dan 2 weeks tak g sekolah..penuh pigeon hole saya. bayar bil2 segala bil, bayar hutang2 my credit card...menyesal guna crdt card!! sekarang tanggungla sendiri...walaupun hutangnya xbanyak, tapi terasa jugak bebannyaaaaaaa...selsaikan duit perabot..(kabinet dapur n TV) sebelum ni bayar deposit je dulu. transfer duit kutu (undi) n hutang baju pada Na, ada lagi hutang pinggan mangkuk ngan kak fuzi, bukak sekolah baru leh bayar...waaa banyaknya...nak tulis pun semput rasa...ape lagi bahu yang memikul hutang2 ini!

belum habis lagi cerita hutang saya...semlm saya smpt jugak singgah pejabat pos..poskan borang maklum balas PTPTN..dah bertahun tak bayar duit hutang yang satu ni...tapi atas kesedaran Ramdhan kali ni, saya tekad jugak nak buat potong gaji untuk PTPTN..harapkan disiplin diri untuk bayar di bank.jgn haraplah...lepas ni tolak la gaji ea...xpayah nak pikir2 lagi! senang skit rasa hati....

setelah selesai semua, maka buku kira2 dibuka semula untuk mengira bakinya....huh! yang tinggal hanyalah RM 142.00 untuk belanja bulan ni.cukup ke ni?? yang penting hati dah lega semua hutang dah selesai. Azam Ramadhan kali ni, lepas ni kena puasa shopping, puasa makan, and stop guna crdt card!

Monday, August 24, 2009

Ahlan ya Ramadhan

Salam Ramadhan yang mulia..Alhamdulillah tahun ini sekali lagi saya dapat bertemu dengan bulan yang penuh maghfirah dan juga penuh dengan ganjaran atas segala amal kebaikan yang dibuat.. Gembira sangat rasa hati. Ramadhan kali ni saya sambut amat berbeza sekali dengan tahun2 yang lalu..



"Ramadhan kami yang pertama"

Kalau dulu berbuka bersama keluarga dan kawan2 di rumah sewa, tapi kali ni kena berpuasa, bersahur dan berbuka sebagai Puan Zurina.. seronok menggalas tugas sebagai seorang isteri. kalau dulu berbuka ala kadar atau beli je kat bazar ramadhan, kali ni saya amatlah excited untuk memasak buat my cayang. Walaupun saya masak simple2 je..(sbb makan berdua) tapi my cayang makan punyalah banyak..kalau beli kat bazar, sure dia makan tak habis punya..ermmm happynya rasa bila kita masak ada yang sudi menghabiskan! dan tambahlah pengalaman baru kena bangun awal untuk masak sahur..

Yang paling bahagia bila berdua, dapat menunaikan ibadah bersama..thanks to my cayang yang sudi balik petang sepanjang bulan puasa ni sbb nak g terawih sama2.

Berpuasa di rumah baru..

Malam 30 Syaaban, selepas pengumuman puasa, saya n hubby berangkat dari rumah mertua ke rumah kami yang baru di taman bukit dhalia, pasir gudang..disbbkan mak mertua saya pesan, nak masuk rumah baru eloklah malam jumaat.So,berbekalkan beras, gula, garam dan lesung batu yang diberi mak, kami pun berpindahlah malam tu...very simbolik kan! hee..ape ertinyanya???2 bulan saya menumpang di rumah mertua sementara tunggu rumah kami siap. dan 28 tahun bagi my hubby, nampak sangatt muke manja abg yang berat hati nak tinggalkan mak dan ayah... alhamdulillah semuanya dah ok sekarang dan rumah pun masih dalam proses ubahsuai skit2..nak mengemopnya..aduhaiiii...bercinta rasa!

Masih dalam pantang..

ni part yang sedey nak tulis..tapi itulah hakikatnya...huhu..ikotkan doc, 1minggu dah recover untuk proses D&C. tapi orang melayu ni banyak pulak pantang larangnya...ermm so, terpaksalah ikut walaupun hati ni meronta2 je. ikotkan mak cik kena pantang 40 hari, mak saya 2minggu je dah cukup ( biasalah dia bidan kerajaan), makmertua kata 40 hari gak..huhu..so??? buat je takat termampu..heeeeee...