Monday, August 24, 2009

Ahlan ya Ramadhan

Salam Ramadhan yang mulia..Alhamdulillah tahun ini sekali lagi saya dapat bertemu dengan bulan yang penuh maghfirah dan juga penuh dengan ganjaran atas segala amal kebaikan yang dibuat.. Gembira sangat rasa hati. Ramadhan kali ni saya sambut amat berbeza sekali dengan tahun2 yang lalu..



"Ramadhan kami yang pertama"

Kalau dulu berbuka bersama keluarga dan kawan2 di rumah sewa, tapi kali ni kena berpuasa, bersahur dan berbuka sebagai Puan Zurina.. seronok menggalas tugas sebagai seorang isteri. kalau dulu berbuka ala kadar atau beli je kat bazar ramadhan, kali ni saya amatlah excited untuk memasak buat my cayang. Walaupun saya masak simple2 je..(sbb makan berdua) tapi my cayang makan punyalah banyak..kalau beli kat bazar, sure dia makan tak habis punya..ermmm happynya rasa bila kita masak ada yang sudi menghabiskan! dan tambahlah pengalaman baru kena bangun awal untuk masak sahur..

Yang paling bahagia bila berdua, dapat menunaikan ibadah bersama..thanks to my cayang yang sudi balik petang sepanjang bulan puasa ni sbb nak g terawih sama2.

Berpuasa di rumah baru..

Malam 30 Syaaban, selepas pengumuman puasa, saya n hubby berangkat dari rumah mertua ke rumah kami yang baru di taman bukit dhalia, pasir gudang..disbbkan mak mertua saya pesan, nak masuk rumah baru eloklah malam jumaat.So,berbekalkan beras, gula, garam dan lesung batu yang diberi mak, kami pun berpindahlah malam tu...very simbolik kan! hee..ape ertinyanya???2 bulan saya menumpang di rumah mertua sementara tunggu rumah kami siap. dan 28 tahun bagi my hubby, nampak sangatt muke manja abg yang berat hati nak tinggalkan mak dan ayah... alhamdulillah semuanya dah ok sekarang dan rumah pun masih dalam proses ubahsuai skit2..nak mengemopnya..aduhaiiii...bercinta rasa!

Masih dalam pantang..

ni part yang sedey nak tulis..tapi itulah hakikatnya...huhu..ikotkan doc, 1minggu dah recover untuk proses D&C. tapi orang melayu ni banyak pulak pantang larangnya...ermm so, terpaksalah ikut walaupun hati ni meronta2 je. ikotkan mak cik kena pantang 40 hari, mak saya 2minggu je dah cukup ( biasalah dia bidan kerajaan), makmertua kata 40 hari gak..huhu..so??? buat je takat termampu..heeeeee...

No comments: