Wednesday, April 1, 2009

SMK DESA CEMERLANG @ SMK Degree of Champion!

wahhh...nama baru yang diberi oleh pengetua SMK DC, Tn Haji Ismail bin Rosdi. Tahniah kerana telah memperkenalkan budaya cemerlang dan memberi nafas baru kepada SMKDC..walauuuuuuuuuuupun, cikgu-cikgunya hampir tidak bernafas mengejar dateline dan menyiapkan pelbagai tugasan.

" cikgu-cikgu saya dah penat melaksanakan pelbagai tugasan dan kerja yang dipertanggungjawabkan..cuti sekolah saya minta cikgu cari modul yang boleh digunakan masa P&P dari negeri-negeri lain, waktu petang saya minta mereka melatih pelajar-pelajar di padang.." -petikan kata-kata tuan haji dalam ceramah PIBG! baru-baru ni.

3 bulan persekolahan...boleh dikira dengan jari berapa kali sahaja kami boleh balik awal.. hari-hari mesti ada meeting atau avtiviti pelajar! selagi pelajar tak balik, cikgu pun tak boleh balik..hari-hari balik kul 5 macam keje ofis la pulak! nak buat cam na kan..cikgu kan umpama lilin..sanggup bakar diri untuk kesenangan orang lain..

minggu ni kami ada kem motivasi pelajar,ptg ni meeting, jgnla saya kena jadi kem komandan lagi.. dah 2 kali jadi......letih2! nak cuba jugak keje lain...

sering kali saya mengadu keletihan dan kepenatan, badan tak pernah rasa cukup rehat, saya tak pasti saya saje atau cikgu-cikgu lain pun sama..pagi-pagi saya tanamkan dalam diri...kuatkan semangat...saya pasti boleh! depan pelajar mesti berlakon kuat..cergas dan semangat..jgn sampai aura penat cikgu sampai pada kamu semua..

sabarlah wahai diri...keselepas kesusahan pasti ada kesenangan! itukan janji Allah pada hambanya yang bersabar...

semoga SMK DC bakal malahirkan modal insan yang CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG.. Doa cikgu sentiasa ada buat kamu semua..

1 comment:

sang lipan said...

semoga SMKDC akan melahirkan masyarakat yang lebih bertoleransi tidak kira kaum dan agama...
semoga berjaya untuk semua guru2 SMKDC...

ex student 03-04.