Wednesday, March 18, 2009

THINGS TO BUY OR THINK TO BUY??

Hari ni saya menghabiskan masa sehari bersama mak, achik, adik eik dan adik wan bershopping sakannnnn... mak amik cuti sbb nak g shopping..heee..we all pilih g sunway carnival kat bukit mertajam sbb sume yang nak dibeli ada kat situ..kerja saya mcam biasa dari kecik sampai besar..listkan barang yang nak dibeli sebelum pegi shoppping. Mak n achik nak beli bagasi untuk pegi umrah, saya nak menghabiskan wang kat kedai A tu Z (macam2 ada!) adik nak beli baju kat alikhsan.tentunya list saya lebih panjang dari yang lain!

setelah bershopping habis, tepat jam 6 ptg kami pun sampai rumah..letihnyaaaaaaa...act 2 tempat kami jalan..bukit mertajam dan sungai petani..alang2 dah cuti mak nak jalan sakan...

sampai je rumah...saya pun buka la list yang dibawa untuk buat checklist semula..barang ape yang dah dibeli dan belumm..

" mak..gheja kak ngah ni dari kecik sampai besaq...asyik pi kedai ja...buat list, pastu beli....beli.....beli...."
" itulah hang, tak tau la bila nak pencen..asyik membeli ja...tak boleh ada duit skit.. lepas ni hang kena tukaq...bukan lagi things to buy, tapi think to buy"...kena fikir dulu sebelum beli...

opppssss terdiam terus saya...betul jugak tuuu, zaman ekonomi dah meleset ni kena jimat2 skit...

Monday, March 16, 2009

SELAMAT BERCUTI CIKGU!

alhamdulillah, akhirnya dapat juga semua guru2 berehat sebentar setelah hampir 3 bulan bertungkus- lumus disekolah. saya fikir ramai yang ternanti-nanti cuti pada kali ini..ermm termasuklah saya..banyak urusan peribadi yang tertangguh sebelum ni lantaran tugsan sekolah dan aktiviti pelajar yang diutamakan...

walaubagaimana pun, mungkin penat lelah kita telah di bayar dengan senyuman dan kegembiraan pelajar yang menerima keputusan cemerlang dalam spm tahun lepas.. saya juga tidak dapat menggambarkan perasaan saya ketika itu..gembira, sedih, terharu dan sebagainya bagai bercampur menjadi 1.

1.gembira melihat masa depan pelajar saya yang makin cerah,
2. sedey juga mengenangkan keputusan subjek saya yang jatuh sedikit..(walaupun PK1 saya dah maafkan)..
3. terharu bila dipeluk pelajar dan mereka mengucapkan terimakasih cikgu!emmm cikgu doakan kalian akan terus berjaya menjadi insan yang berguna.
tahniah!!!!

bestnya dapat tido puas2 cuti ni...selamat bercuti semua!!!!!! doa saya agar masa cuti yang diberi ini dapat kita tunaikan tanggungjawab kita pda keluarga, sahabat dan diri sendiri yang mungkin agak terabai sejak 3 bulan persekolahan...

inilah tuah cikgu..dapat "menumpang" cuti dan masa rehat pelajar....

Thursday, March 5, 2009

usrah...tamrin qiyadi

jam 6.00 pg, saya dah dapat msg dari pengetua..ttg pemantauan nazir ke sekolah kami...ermm 2 hari ni nampaknya nazir berkampung untuk memeriksa semua fail2 pengurusan bagi mmenuhi SKPM (Standart Kualiti Pelajaran Malaysia)..pg2 tu berdebar jugak jantung ni, takut2 tgh dok lam kelas..muncul lak nazir kat belakang..mampus...tapi mals nak ambik pusing sangat..nak pantau, pantau lahhhhhhhhhhhh, kalau dia komen boleh baiki di kemudian hari..manusia mana de yang sempurna...

lepak2 lam bilik guru..smpat sembang2 ngan kak fatim..(akak yang selalu jadi penghibur hati, pemberi motivasi!)ahahhhahahha...
"akak, nazir tu laki ke pompuan?"
"mestilah lakii, kalau pompuan ko tunggu la akak yang jadi nazir nanti..."
"ye ke kak...kalu macam tu, masa tu sure saya dah jadi pengetua...ermmm mesti akak tanya saya, usrah dah buat untuk cikgu2???"
"tak, akak nak tanya...tamrin qiyadi dah buat ke belum???
hehehehe..tergelak besar kami..

teringat kenangan di kampus..kak fatim dengan kenangan di kampusnya dan saya di kampus saya...menarik bila sama2 bercerita...rindu lah........

p/s: setiap guru adalah pemimpin bagi pelajarnya...mmg penting tamrin qiyadi (latihan kepimpinan)...boleh di cadangkan ni...:D

Monday, March 2, 2009

isnin 3 mac...bersamaan 5 rabiulawal 1429H

bulan ni bulan kelahiran RASUL junjungan mulia NABI MUHAMMAD S.A.W..Sama2 kita banyakkan salawat ke atasnya.. dan saya menyeru kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat agar kita sama2 mengamalkan sunnah baginda...

alhamdulillahhhhhhh hari ni saya telah berjaya melaksanakan puasa pada hari isnin! tahniah kepada diri sendiri..hehe. bukan mudah bagi seorang guru seperti saya untuk menahan tekak dan perut dari nafsu makan dan minum. memandangkan suara merupakan medium pentng dalam menyampaikan pelajaran kepada lebih 30 orng pelajar dalam satu kelas, 1 liter air belum tentu cukup bagi setengah hari. setiap orang guru pasti menggalas sebotol besar air bersama beg2 lain setiap pagi..penting! untuk pastikan penyampaian sentiasa jelas dan sntiasa power!!!!!

p/s- tak sabar menanti sambutan maulud di negeri johor ni. lain dari negeri lain dan yang pastinya sangat meriah!

Sunday, March 1, 2009

bestnya dapat cuti!

alhamdulillah...bestnya dapat rasa betul2 cuti hari ahad hari ni..selama ni ahad pun pegi sekolah, tak pun ada mesyuarat atau program2 muslimat! hari ni mmg saya ambil keputusan untuk tidak menghadiri mana2 aktiviti..nak bagi peluang diri sendiri berehat dan tenangkan fikirannnnnnnn...

nikmatnya rasa..ape nak buat hari ni yer???

6.30- solat subuh, motivasi diri, jgn tido lepas subuh! nanti rezeki tak masuk......
7.00- lipat kain,kemas almari, basuh kain- baju sutera kena basuh tangan..so, tak boleh malas2 kalau nak pakai cantik2.:D yang lain2 masuk mesin jer. kak jah, kain sutera trgganu murah2 tak??kirim boleh???hehehe
8.00-breakfast. nak masak, tapi lupa beli barang dapur semalam..disbkan dapur dah lama tak berasap, hanya tinggal bawang je lam kabinet..so makan roti n kopi radix je la..mai secawan! sambil2 tu, ngadap laptop ni.
8.30- call achik, rindunya kat kg..lagi 2 minggu nak balik..yuhuuuuuuuuuuuuu..
10.00- jap g nak menjahit skit lagi langsir bilik disiplin. nak tempah mahal..so cikgu decide jahit sendiri...heheh..bila lagi nak tunjuk bakat..thanks makdah, pinjamkan zu mesin jahit.
12.00- nak masak ape ye hari ni??? kena kuar beli barang dapur jap...rindu nak masak..jap g search recipe...
2.00- ptg ni nak baca majalah..rilekss2.. tgk tv.. sambil tanda kertas ujian budak...itu pun kalau rajin.huhuhu. hari ni hot.fm big jem...konsert 8 jam tanpa henti...so, saya decide tak nak kuar umah... lepak kat umah lagi bagus dari bersesak2 kat jalan. lagi pun hati ni tak boleh terima aktiviti seprti ini...8 jam tanpa henti..bayangkan..takkan sume orang yang pegi tu uzur, tak solat..surau kat danga bay tu punyalah kecik..sekali solat boleh la dalam 7-8 orang. tapi kalau ramai2 nak solat jemaah tepi pantai ok gak..saya pun nak join..mesti nikmat rasa kebesaran Tuhan!
8.00- malam ni baru nak kuar...itu pun sbb nak tgk fashion show pengantin 2009 kat angsana! kot2 dapat idea baru... hehehe

oklah...rasanya hari ni saya dapat nikmati masa lapang yang Allah berikan dengan sebaiknya, sebelum masa sibuk mengahntui saya..

Saturday, February 28, 2009

CEMERLANG budaya kita!

Begitulah bunyinya budaya kerja SMK DESA CEMERLANG. sesuai dengan nama sekolahnya! ini adalah idea baru gagasan pengetua baru TN HJ ISMAIL BIN ROSDI.

tahniah kepada semua warga SMK Desa Cemerlang kerana telah membuktikan bahawa kita adalah warga yang cemerlang...:D bukan nak puji diri sendiri..tetapi mmg telah terbukti pun.. 24/2/09 sekolah kami telah di pantau oleh 2 orang pegawai dan markah yang diberikan adalah sebanyak 93%. ermmm bukan cemerlang lagi, tapi telah masuk kategori sekolah GEMILANG! tahniah! tahniah! tahniah!

fuhhhhhhhhh...lega rasanya telah habis semua pemantauan setakat ni..tapi kata tuan haji sekolah akan dipanTau lagi seterusnyaaaaaa...harap2 lambat la skit, bagi kami kesempatan untuk mambaiki ape yang telah ditegur baru2 ni. sempat la nak bernafas skit..nak rehat2kan kepala otak dan fokus pada ujian pelajar..

nampknya budaya ini betul2 kena diamalkan supaya pemantauan seterusnya tidak akan mengecewakan!

inilah antara pembaharuan yang dilakukan untuk tahun 2009!baju uniform setiap hari rabu...ni cikgu PBSM...hehehe.


buku yang saya kena study sekarang ni, dicipline comes first!


penyemakan buku nota pelajar. kena lebih detail dan lebih kerap..

walaupun penat dan banyak masa rehat terpaksa dikorbankan, tapi kepuasan bekerja ttap dirasai......will do my best!

Sunday, February 22, 2009

Membina USRAH SAKINAH, MAWADDAH WA RAHMAH!

ni dari DR Fadzilah Kamsah, kenapa lelaki hilang minat pada seseorang wanita.. check it out!!

1. Comot-terdapat wanita yg cantik ttp comot. Comot ni bermaksud ini boleh melibatkan wajah seseorg wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindaka tanduknya.

2. Cerewet- kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya.

3. Cemburu
cemburu perlu dlm sesuatu hubungan. ttp wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai.

4. Cuai
kebiasaan lelaki tidak suka juka pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila sumai menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sebok besiap, ini akan membuatkan mereka benci kerana situsi itu.

5. Celupar- menurut dr. fadzilah, wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.

6. Cabul- cabul ni brmaksud keji dari segi perangai sehingga seseorg wanita itu langsung tidk malu. misalnya bergaul bebas dgn lelaki yg bkn muhrim tanpa menghirau batas pergaulan.

7.Cabar- lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.


8G pada lelaki yang dibenci oleh wanita


1.Garang ( garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh... macam ler dia betul semua, dsb)

2.Ganas (kaki pukul, ngan pompuan pun nak tunjuk kuat sebab pompuan bukan lawannyer)

3.Gementar (takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain,dsb)

4.Gabrah - tak boleh/pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat pompuan aje, dsb)

5.Gentleman tiada (langsung tak gentle, pentingkan diri sendiri,ambik kesempatan,dsb)

6.Gerumal (bahasa kedah -bohong atau tipu)

7.Ganggo (keterlaluan- lembut sangat,pemalu sangat,pendiam sangat,macho sangat, dll)

8.Gatal (miang keladi ngan pompuan lain selain dengan bini)





pesan tok kadi tadi, berhiaslah untuk suami di rumah, bukan untuk orang lain ketika keluar rumah atau ketika tetamu datang rumah...

p/s banyak lagi ilmu yang kena belajar ni.kursus 2 hari untuk bina keluarga sepanjang hayat slps ni, mmg tak cukup...

Monday, February 16, 2009

menulis dari bilik mesyuarat..

kepenatan hari sukan masih terasa. rasa lemah dan panas sahaja badan ni. mungkin sbb tak cukup tido dan cuaca yang panas. pagi tadi terpaksa lagi menyambung tugas sebagai mc perhimpunan..huh! geram jugak kat cikgu zool sbb sruh zu last2 minit. ikut hati mmg tak nak je, tapi bila fikir tak baik buat cam tu, naik la jugak atas stage...grrrr..grrrr la jugak. cikgu zool, i wait for your promise hah...heheheh..

"cikgu nape lately muka cikgu nampak lain...pucat jer."

terima kasih kepada anak2 muridku yang sentiasa concern dan alert dengan perubahan cikgunya..semoga kasih dan sayang Allah sentiasa menyelubungi hidup kalian. mungkin tekanan yang dihadapi membuatkan muka cikgu nampak letih shj. insyaAllah lepas ni cikgu akan lebih ceria dan segar, selepas segala tugas penting dapat di selesaikan..dan selepas pemantauan dari JPNJ Dan Kementerian.. 19/2 dan 24/2. a big day!

cikgu zurina
bilik intervensi,
smkdc

Saturday, February 14, 2009

alhamdulillah,kesibukan makin berakhir

alhmadulillah...hanya itu yang mampu saya ucapkan di atas kurniaan Allah kerana memberi saya kekuatan menghadapi hari-hari yang begitu sibuk dan penuh dengan tekanan..

mr fiance masuk wad, adik eik patah tangan
dua berita yang betul-betul menyedihkan hati saya...kejadian ni berlaku masa cuti raya cina bulan lepas...baru skrg smpt nak tulis.. hehe..

ahad (25.1.2009) saya decide balik kg (cuti raya cina seminggu) lambat skit sb nak siapkan keje sekolah..so, balik hari ahad. sampai kedah dah malam, lebih kurang 10 mlm..tup2 kakak sms.. mak kat hospital, adik eik patah tangan...dia jatuh masa main bola.dari stesen bas saya terus ke hospital..dah berbalut pun tangan adik kesayangan ni..cian dia... seminggu saya di rumah..jadi khadam la kpd dia...abah cakap, Allah nak bagi masa untuk adik eik berehat...kalau tak patah tangan, hari-hari main bola je keje dia...sampai dah kurus.

esoknya,isnin(26.1.2009) saya dapat sms dari mr fiance plak..dia kena tahan wad.sbb demam tak kebah2...cian2...skarang ni risau jugak.macam2 demam ada..maka bermalam la mr fiance di wad selama 3 hari..alhamdulillah...tak de pape yang berlaku hanya sedikit ujian dari Allah untuk hambanya...

pemantauan mengejut JPNJ ke SMK Desa Cemerlang!

selasa (3.2.2009) lebih kurang jam 10 pagi, saya dikejutkan dengan berita pemantauan ini..mak ai...cam na ni..risaunya kalau kena pantau dalam kelas..pemantauan ini khas untuk Subjek BI sahaja..dan sayalah salah seorang cikgu Bi yang mengajar ting 3.. cam na ni..dah tak keruan time tu.tapi kalau tgk ketua panitia dia, lagi kesian.dah berpeluh2, sb sume fail panitia akan dipantau..saya hanya mampu berdoa je la..sapelah cikgu yang akn dipantau ya???? risau ni..
walau bagaimanpun saya terselamat sbb saya baru sahaja selesai kelas ting 3. yang tinggal kelas peralihan untuk hari tu..so, selamat la dipantau dalam kelas sbb dia nak pantau f3 n f5 sahja!..
hasil dapatan selepas semua pemantauan..banyak perlu ditingkatkan dan diperbaiki! "kami datang nak tlg mana yang perlu dan memberi tnjuk ajar..alhamdulillah...terima kasih kepada pegawai JPNJ yang sudi menjenguk sekolah kami dan banyak bagi panduan...terus rasa bersemangat!


sambutan tahun baru cina peringkat sekolah


jumaat (6.2.2009) disebbkan sekolah saya adalah sekolah majoriti kaum cina..maka sambutan tahun baru cina amatlah meriah sekali...semua cikgu-cikgu memamkai pakaian merah..nampak cantik sangat! saya pun tak sangka pelajar2 yang kadang2 kita cakap macam2 dalam kelas..taetapi sungguh berbakat dan menunjukkan semangat yang tinggi dalam menjayakan sambutan ini..Tahniah diucapkan!

1. Leong Hock Hua dan beberapa lagi pelajar yang suka tido dan ponteng kelas mmbuat tarian singa-best la! mungkin di sini minatnya, bukan dalam kelas..
2. pengawas dan persatuan bahasa cina yang mmbuat persembahan koir- gembira melihat anda bahagia.
3-pelajar CIna 3P yang menyanyikan lagu BUKAN CINTA BIASA dengan fasih dan lancar..sedap lak tu! yang pasti pelajar ni tak pandai pun berbahasa melayu.. cayalah!

Tugas saya sebagai pengacara majlis telah saya turunkan kepada 2 orang pelajar ANIS AZAMI dan HUI CHEE. terima kasih sbb tlg cikgu ya.. 2 hari kami berlatih. saya ajar cara menulis skrip mc dan intonasi yang sesuai... alhamdulillah..semuanya berjalan lancar...

persiapan acara sebelum sukan
banyak betul persiapan yang perlu dibuat sebelum hari sukan bermula... YB nak datang la katakan...semuanya mesti berjalan lancar.. chaiyok2 semua! saya pun tidak ketinggalan membuat persiapan ni...hehehe tahun ni saya cuba untuk membuat line padang menggunakan minyak hitam..saje mnyibuk!emmmmmmm pertama kali dlam sejarah SMKDC cikgu pompuan buat line padang!

hari sukan sekolah 14.2.2009
hari yang ditunggu-tunggu oleh pelajar SMKDC. tapi bagi saya ini adalah hari yang mendebarkan, saya ditugaskan sbg juruacara. hari sukan adalah acara yang begitu besar! takut jugak sbnarnya nak jalankan tanggungjawab ni. risau dan macam2 lagi. 10 helai skrip saya siapkan dan telah disemak oleh Bos dan cikgu BM ..maklumla..dah lama tinggalkan protokol2 ni...tambah2 dgn kehadiran ADUN tiram dan VIP2 yang lain..ya ALLH berikan kekuatan..mereka juga hambamu seperti aku.

alhamdulillah...semuanya berjalan lancar.. terima kasih wan yang menjadi pasangan mc saya.. bos cakap ok! tapi di sudt hati ni, saya tak puas hati jugak dengan penyampaian sndiri...banyak jugak kesilapan yang saya lakukan ...dan saya rasa tertekan dengan segala mcam arahan dari pelbagai pihak di saat akhir.....masa rehesel, sume cakap ok..hari kejadian semuanya nak ubah, mana tak pening mc.. ape pun..tahun dpn cube lagi!

sekalung tahniah buat semua pelajar saya yang berjaya esp mohd zulhilmi dari kelas 1 MESRA (my class) yang berjaya menjadi olahragawan SMKDC 2009! dan terima kasih kepada semua guru2 yang memberi kerjasama.. rumah yang berjaya adalah...RUMAH MERAH!

alhamdulillah...kesibukan ini akan berakhir dengan berjayanya hari sukan..lepas ni tak de lagi kena berjemur tgh panas...tumpu pada disiplin, panitia dan p&p semula!

Tuesday, February 3, 2009

kerja itu satu ibadah.......peringatan buat diri yang lupa...

sekadar menjenguk blog yang di rindui ini....bulan januari dan febuari adalah bulan KOKO sekolah..so kebanyakan masa cikgu dihabiskan di padang je la.... ada cite menarik, pangalaman baru di padang..tapi belum berkesempatan nak bercerita...wait ya...

tugasan pntng bulan ini :-

1. pengerusi majlis sambutan raya cina. (RIMUP) - 6/2
2. sukantara sekolah -setiap selasa, rabu dan khamis. (ptg-rumah HIJAU mesti juara!)
3. kawad kaki PBSM - setiap rabu ptg-hrp2 mng lagi!
4. mesyuarat cabang PBSM -7/2
5. pengerusi majlis hari sukan sekolah -14/2
6. update fail panitia.
7. update fail PEKA.
8. pemantauan p&p guru- takuntnyaaa nak kena observe......