Saturday, February 14, 2009

alhamdulillah,kesibukan makin berakhir

alhmadulillah...hanya itu yang mampu saya ucapkan di atas kurniaan Allah kerana memberi saya kekuatan menghadapi hari-hari yang begitu sibuk dan penuh dengan tekanan..

mr fiance masuk wad, adik eik patah tangan
dua berita yang betul-betul menyedihkan hati saya...kejadian ni berlaku masa cuti raya cina bulan lepas...baru skrg smpt nak tulis.. hehe..

ahad (25.1.2009) saya decide balik kg (cuti raya cina seminggu) lambat skit sb nak siapkan keje sekolah..so, balik hari ahad. sampai kedah dah malam, lebih kurang 10 mlm..tup2 kakak sms.. mak kat hospital, adik eik patah tangan...dia jatuh masa main bola.dari stesen bas saya terus ke hospital..dah berbalut pun tangan adik kesayangan ni..cian dia... seminggu saya di rumah..jadi khadam la kpd dia...abah cakap, Allah nak bagi masa untuk adik eik berehat...kalau tak patah tangan, hari-hari main bola je keje dia...sampai dah kurus.

esoknya,isnin(26.1.2009) saya dapat sms dari mr fiance plak..dia kena tahan wad.sbb demam tak kebah2...cian2...skarang ni risau jugak.macam2 demam ada..maka bermalam la mr fiance di wad selama 3 hari..alhamdulillah...tak de pape yang berlaku hanya sedikit ujian dari Allah untuk hambanya...

pemantauan mengejut JPNJ ke SMK Desa Cemerlang!

selasa (3.2.2009) lebih kurang jam 10 pagi, saya dikejutkan dengan berita pemantauan ini..mak ai...cam na ni..risaunya kalau kena pantau dalam kelas..pemantauan ini khas untuk Subjek BI sahaja..dan sayalah salah seorang cikgu Bi yang mengajar ting 3.. cam na ni..dah tak keruan time tu.tapi kalau tgk ketua panitia dia, lagi kesian.dah berpeluh2, sb sume fail panitia akan dipantau..saya hanya mampu berdoa je la..sapelah cikgu yang akn dipantau ya???? risau ni..
walau bagaimanpun saya terselamat sbb saya baru sahaja selesai kelas ting 3. yang tinggal kelas peralihan untuk hari tu..so, selamat la dipantau dalam kelas sbb dia nak pantau f3 n f5 sahja!..
hasil dapatan selepas semua pemantauan..banyak perlu ditingkatkan dan diperbaiki! "kami datang nak tlg mana yang perlu dan memberi tnjuk ajar..alhamdulillah...terima kasih kepada pegawai JPNJ yang sudi menjenguk sekolah kami dan banyak bagi panduan...terus rasa bersemangat!


sambutan tahun baru cina peringkat sekolah


jumaat (6.2.2009) disebbkan sekolah saya adalah sekolah majoriti kaum cina..maka sambutan tahun baru cina amatlah meriah sekali...semua cikgu-cikgu memamkai pakaian merah..nampak cantik sangat! saya pun tak sangka pelajar2 yang kadang2 kita cakap macam2 dalam kelas..taetapi sungguh berbakat dan menunjukkan semangat yang tinggi dalam menjayakan sambutan ini..Tahniah diucapkan!

1. Leong Hock Hua dan beberapa lagi pelajar yang suka tido dan ponteng kelas mmbuat tarian singa-best la! mungkin di sini minatnya, bukan dalam kelas..
2. pengawas dan persatuan bahasa cina yang mmbuat persembahan koir- gembira melihat anda bahagia.
3-pelajar CIna 3P yang menyanyikan lagu BUKAN CINTA BIASA dengan fasih dan lancar..sedap lak tu! yang pasti pelajar ni tak pandai pun berbahasa melayu.. cayalah!

Tugas saya sebagai pengacara majlis telah saya turunkan kepada 2 orang pelajar ANIS AZAMI dan HUI CHEE. terima kasih sbb tlg cikgu ya.. 2 hari kami berlatih. saya ajar cara menulis skrip mc dan intonasi yang sesuai... alhamdulillah..semuanya berjalan lancar...

persiapan acara sebelum sukan
banyak betul persiapan yang perlu dibuat sebelum hari sukan bermula... YB nak datang la katakan...semuanya mesti berjalan lancar.. chaiyok2 semua! saya pun tidak ketinggalan membuat persiapan ni...hehehe tahun ni saya cuba untuk membuat line padang menggunakan minyak hitam..saje mnyibuk!emmmmmmm pertama kali dlam sejarah SMKDC cikgu pompuan buat line padang!

hari sukan sekolah 14.2.2009
hari yang ditunggu-tunggu oleh pelajar SMKDC. tapi bagi saya ini adalah hari yang mendebarkan, saya ditugaskan sbg juruacara. hari sukan adalah acara yang begitu besar! takut jugak sbnarnya nak jalankan tanggungjawab ni. risau dan macam2 lagi. 10 helai skrip saya siapkan dan telah disemak oleh Bos dan cikgu BM ..maklumla..dah lama tinggalkan protokol2 ni...tambah2 dgn kehadiran ADUN tiram dan VIP2 yang lain..ya ALLH berikan kekuatan..mereka juga hambamu seperti aku.

alhamdulillah...semuanya berjalan lancar.. terima kasih wan yang menjadi pasangan mc saya.. bos cakap ok! tapi di sudt hati ni, saya tak puas hati jugak dengan penyampaian sndiri...banyak jugak kesilapan yang saya lakukan ...dan saya rasa tertekan dengan segala mcam arahan dari pelbagai pihak di saat akhir.....masa rehesel, sume cakap ok..hari kejadian semuanya nak ubah, mana tak pening mc.. ape pun..tahun dpn cube lagi!

sekalung tahniah buat semua pelajar saya yang berjaya esp mohd zulhilmi dari kelas 1 MESRA (my class) yang berjaya menjadi olahragawan SMKDC 2009! dan terima kasih kepada semua guru2 yang memberi kerjasama.. rumah yang berjaya adalah...RUMAH MERAH!

alhamdulillah...kesibukan ini akan berakhir dengan berjayanya hari sukan..lepas ni tak de lagi kena berjemur tgh panas...tumpu pada disiplin, panitia dan p&p semula!

No comments: