Sebelum hari esok bermula..baik saya menulis untuk yang ke sekian kalinya...bermula esok dan hari2 yang bakal tiba,mungkin kesibukan tugas sebagai guru membuatkan saya lelah untuk berada di depan laptop dan menulis lg.. tarikan tilam n bantal lebih kuat berbanding intenet yang penah menjadi kegilaan saya suatu masa dhulu..
tahun baru 2009..satu cabaran yang besar buat saya..mesyuarat pertama guru (26/12), buku pengurusan telah diedarkan..dalam buku ni tercatat semua tugasn dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sepanjang 2009...dapat je buku ni..saya terus membuka dan mencari nama saya..ermmm tugasan saya seperti yang di jangka..
1) s/u unit pengurusan disiplin dan badan pengawas.
2) ketua panitia biologi
3) AJK Khas Lawatan KOKO
4) Ketua penasihat PBSM
5) guru persatuan sains dan matematik
6) guru tingkatan 1 Mesra
7) AJK ppsmi
dan macam2 lagi ajk2 lain yang kecik2 je..yang tersenarai di atas tu yang utama yang mesti di fokuskan..
Terasa berat jugak bahu ni melihat tugasan yang disenaraikan..belum tambah lagi jadual mengajar saya yang 29 waktu seminggu kelas yang diajar pun boleh tahan jugak nakalnya....tahun ni kena ngajar
tgkatan 1 -sains
tngkatan 2- BI
tingkatan 3- BI
tingkatan 4 - biologi
Azam baru.mestilah nak buat yang terbaik untuk semua tugas diatas...terutamanya disiplin pelajar! pengetua baru yang lebih energetik membuatkan saya sentiasa teruja untuk membuatkan yang terbaik dan meningkatkan prestasi diri.. mesti peluang tu ada untuk saya bukan!
doa saya semoga pelajar2 saya dapat menerima semua ajaran dan teguran saya dan cikgu2 lain.. cukuplah kamu semua menjadi manusia yang berguna di muka bumi ni.bukannya perompak,pencuri@penjenayah..dan yang sewaktu dengannya...
No comments:
Post a Comment