Cikgu Zurina
"Berusaha menjadi yang terbaik...."
Sunday, February 20, 2011
Sunday, August 22, 2010
fasa kedua Ramadhan
semoga kita telah berpuasa dan beribadah bersungguh2 dalam fasa pertama dan untuk fasa kedua ni, harap dapat di tingkatkan lagi..bukan berkurangan akibat letih dan sebagainya.. klau teraweh kat masjid tu,boleh nampak berkurangnya jemaah isyak dan teraweh...harap2 kita tak tergolong dalam golongan tu ye..
semoga kita terus istiqamah dalam mencari keampunan Allah dan seterusnya bertemu pula dengan fasa ketiga..terselamat dari siksaan api neraka..amin..
Saturday, August 21, 2010
kembali berblog..
semoga semangat membaca dibulan ramadhan akan terus subur di bulan2 lain...
Monday, January 4, 2010
hari pertama sekolah, apa yang berlaku??
1.seperti yang dijangka, sampai sekolah jam 7.20 (jammed depan pagar sekolah sbb ibubapa hantar anak!) pegawai JPN dah terpacak depan pejabat. pemantauan pengurusan hari pertama sekolah.huh!
2. kelam kabut skit waktu pagi sbb hujan, budak nak beratur kat mana???perhimpunan nak wat kat mana?/sekolah sekarang mmg tak de dewan..hanya kawasan lapang untuk berkumpul..kalau hujan, cikgu pun sama kena hujan la..kecoh,mmg kelam kabut pagi tadi.budak berada di foyer berasak2...cian.
3. jam 7.40, hujan dah berhenti..so perhimpunan macam biasa semula...yang paling tak best, saya kena jadi mc bidan terjun (sbb bos dah suruh).mmg angin la saya dengan kaunselor tu, patut dia yang handle..mentang2 saya selalu jadi mc..dengan selamber bagi teks je eh..eiiii geram!
4. kelas berjalan macam biasa...hari ni..my topic INTRODUCTION!.....:D 6 masa berlalu dengan jayanya...
5. ptg miting post mortem...5.45 baru sampai umah..letihnyaaaa.aadoi.
malam ni kena buat preparation untuk esok lak...semoga hari esok lebih baik dari hari ini!
Sunday, January 3, 2010
Salam Tahun Baru 2010
nak berubah mmg mudah, tapi nak istiqamah tu yang susah kan.azam saya yang lepas2 ada yang tercapai dan ada jugak yang terkubur separuh tahun..huhu.
antara azam saya tahun ni nak terus istiqamah update blog (boleh ke jadi azam ni??)hehehe. ttg sikap sure kita nak jadi lebih baik kan..tapi nak ubah sikap ni la yang paling susah! banyak je cobaan dan dugaan..cabaran untuk diri sendiri yang sentiasa kalah dengan dugaan syaitan..setiap tahun saya berazam untuk jadi cikgu yang best, cikgu yang rajin, tak nak tangguh keje..elakkan bawa balik keje kat umah dan macam2 lagi azam seorang pekerja terhadap tugasnya... tahun ni sambung lagi azam ni dan baiki kelemahan yang ada...hope lebih baik dari 2009.
tahun 2010 bertambah lagi azam saya sbb tahun ni dah jadi isteri....semoga dapat jadi isteri yang tip top untuk my beloved hubby!
dan azam yang paling kuat dalam diri saya bagi tahun 2010 adalah nak berjimat dan kumpul duit banyak2! huhu..2011 nak deko deko deko... :D
Saturday, December 12, 2009
seLaMat PenGanTin Baru..
Wednesday, December 2, 2009
Erti Korban..baru ku tahu..
Aidiladha kali ni, buat saya berfikir dan berfikir..tentang pengorbanan yang pernah mak dan abah saya buat dalam mengharungi rumah tangga..membesarkan kami 4 beradik dan memberikan pendidikan yang sebaiknya. Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran dan doa buat mak dan abah kerana telah melakukan pengorbanan yang besar untuk kami. Sekarang setelah bergelar isteri…berkerjaya..ada rumah tangga sendiri..sedikit sebanyak baru saya dapat jawapan kepada banyak soalan saya kepada mak suatu masa dahulu dahulu.
“Mak, gaji mak
“Mak, kita dah lama tak tukar perabot..beli la sofa”..(soalan saya sbb saya sukar sangat ubah suai kedudukan perabot dan hiasan rumah!)
“Mak, rumah mak ni besar je, tapi kosong…beli la perhiasan, bagi cantik2..”
Selalunya jawapan mak...cukuplah apa yang ada.biarlah kita hidup sederhana. Tapi sekarang baru saya tahu..banyknya nak guna duit untuk urusan rumah tangga. Bil api, air, astro, telefon dan macam2 lagi bayaran yang sikit2..lama2 banyak jugak. Itu tak lagi mempunyai anak..kalau ada anak, saya pasti keperluan dan masa depan dia yang lebih di utamakan.
“Mak, kak ngah nak duit, nak beli buku..nak itu dan nak ini yang macam2 lagi permintaan saya yang suka mendesak ni,..tak pernah sekali pun mak hampakan..besar sungguh pengorbanan mak dan abh. (selalunya mmg minta dengan mak, dengan abh takut nak cakap) terima kasih mak.
Sekarang, dah tak boleh minta-minta lagi..semuanya kena fikir dan tanggung sendiri..huh! bukan senang rupanya..banyak yang perlu di korbankan. Masa rehat yang perlu dikurangkan kerana urusan rumah tangga tak pernah selesai! Masa shopping pun dan tak de, kalau keluar jalan, duit pun akan cair..baik duduk rumah
Tuesday, November 24, 2009
Selamat Pulang Ika..
Saya terus bagun dari tidur..sms yusni bertanyakan alamat rumah ika..saya tak biasa dengan Bandar Baru Uda (rumah keluarga ika, sekali je pernah hantar ika, sure tak ingat jalan)...jawapan dari yus.."ika meninggal kat rumah sepupu dia..kat Pasir Gudang.." hah! terkejut saya...saya juga tinggal di Pasir Gudang. Setelah confirmkan alamat dari yus, sms diterima,"jenazah ika berada di rumah sepupunya di no33, sejambak 1, taman bukit dahlia.." masyaAllah...jiran saya! mmg saya tak tahu dia tinggal di situ bersama sepupunya setelah ibu dan ayahnya berangkat ke Mekah..rasa bersalah saya pada arwah..sekali pun saya tak sempaat hubungi arwah dan ziarah semasa arwah sakit.. mmg saya terkilan. lagi-lagi bila dapat tahu arwah tinggal dekat sangat dengan rumah saya.
Jam 6 ptg, dalam renyai hujan, saya, yus n ana sampai di rumah sepupu arwah dan ada beberapa lagi sahabat wave di situ...mmg sedih saat itu. smpat kami sedekahkan yassin dan mencium jenazah buat kali terakhir..tak tertahan air mata saya melihat wajah arwah..lama saya ambil masa untuk tenang dan mencium arwah.tenang shj wajah arwah pergi berjumpa Ilahi..di usia 25 tahun dia telah dijemput kembali..dia yang tabah, periang dan sangat komited dengan perjuangan..ramai yang datang mendoakan arwah pada hari itu...semoga syurga milikmu dik... betul lah, kematian itu menginsafkan kita..takut memikirkan saat kita nanti bagaimana??dia sudah pulang, kita bila lagi???
Zurina,
Sejambak16,
Taman Bukit Dahlia.