Aidiladha kali ni, buat saya berfikir dan berfikir..tentang pengorbanan yang pernah mak dan abah saya buat dalam mengharungi rumah tangga..membesarkan kami 4 beradik dan memberikan pendidikan yang sebaiknya. Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran dan doa buat mak dan abah kerana telah melakukan pengorbanan yang besar untuk kami. Sekarang setelah bergelar isteri…berkerjaya..ada rumah tangga sendiri..sedikit sebanyak baru saya dapat jawapan kepada banyak soalan saya kepada mak suatu masa dahulu dahulu.
“Mak, gaji mak
“Mak, kita dah lama tak tukar perabot..beli la sofa”..(soalan saya sbb saya sukar sangat ubah suai kedudukan perabot dan hiasan rumah!)
“Mak, rumah mak ni besar je, tapi kosong…beli la perhiasan, bagi cantik2..”
Selalunya jawapan mak...cukuplah apa yang ada.biarlah kita hidup sederhana. Tapi sekarang baru saya tahu..banyknya nak guna duit untuk urusan rumah tangga. Bil api, air, astro, telefon dan macam2 lagi bayaran yang sikit2..lama2 banyak jugak. Itu tak lagi mempunyai anak..kalau ada anak, saya pasti keperluan dan masa depan dia yang lebih di utamakan.
“Mak, kak ngah nak duit, nak beli buku..nak itu dan nak ini yang macam2 lagi permintaan saya yang suka mendesak ni,..tak pernah sekali pun mak hampakan..besar sungguh pengorbanan mak dan abh. (selalunya mmg minta dengan mak, dengan abh takut nak cakap) terima kasih mak.
Sekarang, dah tak boleh minta-minta lagi..semuanya kena fikir dan tanggung sendiri..huh! bukan senang rupanya..banyak yang perlu di korbankan. Masa rehat yang perlu dikurangkan kerana urusan rumah tangga tak pernah selesai! Masa shopping pun dan tak de, kalau keluar jalan, duit pun akan cair..baik duduk rumah
2 comments:
Insaf gak ah
heee..ye ke mas..tu belum ada anak...mesti lagi insaf nanti.huhu
Post a Comment